Thursday, January 13, 2011

Pengertian SURAH AL-INSYIRAH

Hari ni malam jumaat.. seperti biasa semua orang akan membaca yassin... tapi kita tau x apa maksud pengertian surah al-insyirah yang selalu kita baca selepas membaca yassin?? ni lah pengertiannya:

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Bukankah kami telah melapangkan bagimu: dada (wahai Muhammad?) Dan kami telah meringankan daripadamu: bebanmu. Yang memberati tanggunganmu? Dan kami meninggikan bagimu: sebutan namamu? Maka sesungguhnya kesukaran disertai kemudahan, bahawa sesungguhnya kesukaran disertai kemudahan. kemudian setelah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguhlah engkau (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon.

Maka benarlah kata-kata ALLAH.

No comments: