Wednesday, October 26, 2011

Jangan Putus Asa !!


Jangan putus asa untuk BERUBAH menjadi hamba ALLAH yang baik. baik disini adalah baik mengikut neraca-Nya, BUKAN mengikut neraca manusia semat-mata, jangan putus asa kerana ALLAH itu Maha Pengampuan.. jika JATUH, jika TERSUNGKUR,jija TERTEWAS di tengah usaha, jangan sesekali berhenti untuk BANGUN SEMULA.. sesungguhnya ALLAH mengira usaha kita bukan natijahnya..

Ingat !!! Bila ALLAH ada di dalam hatimu, kamu seolah-olah MEMILIKI segala-galanya.. itulah KEKAYAAN, KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN yang hakiki. YAKINLAH dengan-Nya.

Tuesday, October 25, 2011

Syaitan LAKNATULLAH !!!!

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan lah solat subuh mu !!
Syaitan - Alahhhhh, sekejaplah, mengantuk ni... awal lagi ni.. zzZZzzz

Manusia - Nak makan, laparlah...
malaikat - Wahai anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah..
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni !! makan saje.. sedapnya...

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat mu..
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung !!

Manusia - Alamak, dah lewat !!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahh!! Awal lagilah... mmm alah, suruh si X tu punch kan!!

Manusia - Azan sudah kedengaran..
Malaikat -Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rileks lah.. awal lagi ni..

Manusia - Eh. eh.... x boleh tengok ni berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Pergggghhh... best tu... rugi oooo kalau tak tengok !!

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah ia.
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain org, lantak dia lah

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan:
1. Anda - patut ke aku biarakan article ini tetap di sini sahaja?
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal... sebarkanlah !!
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2... biar je disini.. kalau boleh delete je.. bukan mereka baca pun !!





Azimat Al-Quran

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah
1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

sabar !!!!


Sabar itu indah !!! sabar adalah bunga-bungaan keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan ALLAH di samping meyakini hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan denga Qada' dan Qadar dari ALLAH S.W.T ,,,




Monday, October 24, 2011

Kau MILIK ku


Kecantikan LELAKi - bukan keada rupa fizikal tetapi murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:
  • Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.
  • Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
  • Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun.
  • Lelaki yang tenang dan lapang dada.
  • Lelaki yang baik sangka.
  • Lelaki yang tidak pernah putus asa.
Kecantikan Lelaki berdiri di atas kemuliaan hatinya.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi MUhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang LELAKI.

Kegagahn WANITA - Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:
  • Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
  • Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
  • Perempuan yang tabah mennaggung kerinduan setelah di tinggalkan.
  • Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginannya.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada SIti Khadijah adalah kegagahn yang sempurna bagi seorang perempuan.

Saturday, October 22, 2011

Manisnya CINTA !!!


Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

Rumah yang Kekal Abadi

1 HARI AKHIRAT = 1000 TAHUN DUNIA
1 TAHUN AKHIRAT = 365 HARI akhirat x 1000 = 365,000 TAHUN DUNIA

1 waktu solat = 80 tahun akhirat = 29,200,000 tahun dunia (80x365x1000)
2 waktu solat = 160 tahun akhirat = 58,400,000 tahun dunia (160x365x1000)
3 waktu solat = 240 tahun akhirat = 87,600,000 tahun dunia (240x365x1000)
4 waktu solat = 320 tahun akhirat = 116,800,000 tahun dunia (320x365x1000)
5 waktu solat = 400 tahun akhirat = 146,000,000 tahun dunia (400x365x1000)

SEKALI tidak solat dah dekat 30,000,000 tahun kena azab seperti berada didunia.
SEHARI tidak solat dah dekat 150,000,000 tahun kena azab seperti berada didunia.
SETAHUN tidak solat dah berapa? 53,290,000,000 (53.29 billion tahun berada di dunia.

Bayangkan kita sekarng berada di tahun 2010. bermakna Hukuman sekali tidak solat pun belum habis lagi kita kena azab !!! MASYALLAH !!!

Sedar ke tidak?
Still boleh relax sebab anggap kalau kita ISLAM, lepas azab terus masuk syurga?
Cuba korang bayangkan balik kam[ung dari PELIS ke JOHOR time cuaca panas, tapi air-cond kereta pulak rosak, berapa minit boleh korang tahan panas? Renung-renungkanlah.. renungan untuk SAYA dan SEMUA UMAT ISLAM di luar sana.. KALAU SAYA LUPA TOLONG INGATKAN dan kalau saudara SEISLAM KITA LUPA KEWAJIPAN KITA UNTUK INGATKAN !!!


Dimana pun kita berada, "SOLAT" tetap menjadi kewajipan seperti mana rumah menjadi kukuh kerana tiangnya begitu jugalah "SOLAT adalah tiang agama"

Solat Adalah Kewajipan dan suruhan ALLAH !!
Cuba kalau kita suruh orang lain buat sesuatu tetapi dia tak buat, apa kita rasa?
hehhe.. fikir-fikirkan lah

WASSALAM ....

Aqidah Kita Semakin RUNTUH !!!




Sekarang ni kita dengar banyak kes-kes pembuangan bayi di merata-rata tempat.. Dah mcm buang sampah sesuka hati jew.. Kes yang terbaru seorang pelajar sekolah asrama tingkatan 4 bersalin di asrama dan bayinya dikelar menggunakan pisau. Apa nk jadilah sekarang ni kan.. Ni lah yang dikatakan dunia akhir zaman.

Yang pelik nya di sini x semua tau yang pelajar itu mengandung sebelum ini.. Yeke? xkan cikgu, kawan2, pihak sekolah dan terutma sekali ibu bapa tak menyedari hal ini?!! Hurm.. persoalan ini harus ditanya kn kepada mereka..

Dari dulu lagi ISLAM dah cakap yang berzina tu HARAM !!! walaupun kita ni duduk di dunia yang serba canggih dan dunia tanpa sempadan tetapi AJARAN ISLAM tu TIDAK PERNAH BERUBAH dari dulu sampai sekrg lagi.. Kita dah di ajar dari kecil lagi menutup aurat, solat 5 waktu, jgn berdua-duaan dgn lelaki/perempuan tanpa muhrim, tapi bila dah mula meningkat remaja dan dewasa semua ajaran dan nasihat itu diabaikan. MALU KITA PADA AGAMA & RASULLULLAH !!!!

Tutup lah aurat mu !!!! Jagalah sembahyang mu!!! Percaya lah semua ini tidak akan terjadi.. Dan yang paling penting sekali jangan jadi HAMBA kepada CINTA !!! Cinta yang semata-mata kerana seks dan bukannya cinta kerana ALLAH. Bagi aku kalo dekat sekolah dan selagi guna duit mak bapak baek x yah bercinta. Tak ke mana pun cinta tu nanti akhirnya ke ranjang juga. Jangan kata tidak lah kalo dah setahun kenal, keluar berdua-duaan, berpegang-pegangan tangan tak ada apa2 yang berlaku.. Tepuk dada tanya IMAN !!!!

Ini adalah merupakan berita yang menunjukkan remaja pada hari ni sudah tersasar dan terpesong jauh. Jadi tanggunghawab semua umat ISLAM untuk mencegah dan mencari penyelesaian bagi isu ini:

http://www.myberita.com/2011/10/23/pelajar-sanggup-gadai-dara-untuk-rebut-gelaran-ratu-x/

Hidup Ibarat Roda

Hmm hidup ni ibarat wayang gambar yang selalu kita tonton di layar putih. Kitalah watak, kitalah penonton dan kitalah pengkritik yang hebat. Masakan segalanya diaturkan hanya untuk sia-sia?

Hidup ibarat roda... Jangan mudah lupa diri saat dihurung kesenangan dan keselesaan. Kita bukan nujum yang sempurna. Keangkuhan tatkala di atas pasti membaham segalanya saat roda terpaksa akur pada putarannya. Ada ketikanya ia terhenti di bawah.

Hidup ibarat roda... Ada masa kita senang, ada ketika sebaliknya. Harapnya dalam masa kedua-dua itu kita tak lupa tentang sesuatu yang seharusnya kita ingat; tentang roda dan putarannya. Lantas, jangan terlalu angkuh saat kita senang seolah-olah kita takkan merasa susah untuk detik yang seterusnya. Jangan pula terlalu meratapi saat di bawah kerna pasti ada esok meski di lain alam.

Life is like a wheel... Sooner or later, it always come around to where you started again. Jadi mulakan segalanya dengan hati yang rendah diri. Semoga kita tak lupa diri...

P/s: Saya belajar, walaupun saya punya kekasih hati namun saya tetap perlukan kawan-kawan. Itu jua yang seharusnya dia sedar. Peace!

Friday, October 21, 2011

Sangat KREATIF


Wow quite interesting !!!! So kreatif !!!
DSLR Coca-Cola


Pelik tapi Benar


salah satu projek mega yg diisytiharkan FAIL.. Apa yang silap ek? X-file binggung sehingga sekarg apasal lah arkitek buat mcm ni.. Nak salah kn arkitek atau kontraktor?
kalo nk di ikutkan mustahil benda ni wujud di dunia, tapi realitinya ada bukan fantasi...
Mungkin salah kontraktor kot, xkn salah arkitek pulak.. ntah lah x masuk di akal !!
Ni bukan jamban tapi "SHOW ROOM" !!


Dia dah datang dah !!


Kehidupan harus di teruskan walau dgn apa cara sekalipun. Masing-masing ada tujuan hidup, ada yang ingin kekayaan, ada yg ingin kn kebahagiaan dan mcm-mcm lah. Kehidupan di bandar metropolitan seperti KL amat menguji kesabaran dan pengurusan masa yan betul. Kalau tak memang susah lah nk bergerak kemana-mana.
Kemudahan LRT, Monorail, Komuter adalah salah satu cara bagaimana org di bandar-bandar besar seperti KL bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Hehehehe... Hari ni ia dtg kembali. Dari TBS ke Titiwangsa dan kemudian dari Titiwangsa ke Chow Kit.. Demi sebuah harapan dan Impian akan ku gigihkan jua...
Salam untuk Semua yang GIGIH seperti aku..

LAwak hAri iNI !!!

PART 1:
Cikgu Ramli sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar.

Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Mat : Tepung kan ke dalam kek tu…. Cikgu nie tak sekolah ke hape??

PART 2:
Cikgu Ramli : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Ramli : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang? Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Ramli : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu…
Cikgu Ramli : uii… lagi bagus… berdiri atas meja..

Thursday, October 20, 2011

Tahniah Dato' CT !!

http://www.youtube.com/watch?v=khjKqLqGQ-o&feature=share

Wah dato' CT sekarang makin menjadi2.. lagu Inggeris katanya .. Tahniah Dato' CT.. Satu pembaharuan nampaknya.. Walaupun aku bukan lah peminat fanatiknya tapi aku tgk usaha Dato' CT ni adalah usaha yang harus di contohi oleh semua artist di Malaysia.. Yelah sentiasa membuat kelainan untuk industri muzik tanah air dan yang paling penting sekali MENCARI ILMU. Artist kita ramai yang hebat2 dari segi education background nya but ada juga yg HANCUR !!! So yang makan cili terasa pedas tu teruskan lah usaha mencari ILMU agar anda tidaklah nampak artist MURAHAN dan tidak BERMORAL !!! hehehe

Ujian dari-NYA tanda kasih-NYA pada kita


✿~ Berjalanlah dengan penuh HARAPAN walau hidup ini tidak selalu BAHAGIA..
✿~ SEDEKAHKANLAH satu SENYUMAN walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan..
✿~ BELAJARLAH memaafkan walau dirimu terluka..
✿~ BERHENTILAH memberi ALASAN walau ingin menyatakan KEBENARAN..
✿~ HIDUPLAH dalam IMAN walau hari dipenuhi DUGAAN..
✿~ BERPEGANGLAH kepada Allah walau Dia tidak kelihatan…

Bukti kasihNya, kita WUJUD di dunia pinjaman ini..ada SEBAB apabila berlaku sesuatu perkara dan YAKILAH Allah menguji setiap hambaNya..

JagaLah AurAt Mu WahaI WanIta !!!


Rasulullah SAW bersabda: “Wahai anakku Fatimah, adapun PEREMPUAN yang akan digantungkan RAMBUTNYA hingga MENDIDIH OTAKNYA dalam neraka: “adalah mereka itu di dunia TIDAK MAHU menutupi RAMBUTNYA daripada dilihat oleh laki-laki yang BUKAN MAHRAMNYA.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Yang dimaksudkan hadith ini adalah WANITA yang TIDAK MAHU MENUTUP AURATNYA DENGAN BAIK..
Tanya HATI di mana letaknya ALLAH dalam seluruh jiwa ragaku, adakah diri telah MELAKSANAKAN segala perintah dan MENINGGALKAN segala laranganNYA dengan baik?