Monday, April 18, 2011

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"

(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Sunday, April 17, 2011

Tutup tubuh terbuka aurat

Sebagai wanita saya gemar juga mengikuti perkembangan fesyen terkini melalui tv, majalah @ internet. Apatah lagi mengenai fesyen busana Muslimah. Islam agama yg tdk mengira bangsa dan keturunan krn Islam sebenarnya tdk memiliki jenis busana tersendiri asalkan pakaian itu mengikut kod etika pakaian Islam antaranya longgar, tidak jarang, tidak meneyerupai jantina lain@ org kafir, tdk melambangkan kemegahan@ perhiasan & tdk menyebabkan pembaziran.

Yang pelik2 ?????????????

Fesyen yg pelik2 @ bukan2... kononnya busana Muslimah tapi bertudung segala bagai, berambu2, yg ala turban, yg bsanggul tinggi, yg terjuih jambul, yg tutup rambut tapi terdedah dada@ lengan@ ketat...akhirnya buat saya makin tdk faham fesyen Muslimah..."kadang kala sy tergelak sendiri melihatnya @ geleng kepala sahaja...wanita ke pejabat dgn pelbagai gaya macam nak buat pertunjukan fesyen pun ada...ternyata mereka tidak faham kod etika ke pejabat..sampai tak pandai nak bezakan baju ke pejabat, baju ke kenduri kawin, baju ke parti @ baju riadah...SEMUANYA DIA PAKAI!!!

Saya semakin bimbang jika amalan berbusana Muslimah itu berubah menjadi perbuatan menunjuk-nunjuk..memang bertudung sudah jadi satu perkara wajib di mana-mana..Jika dulu wanita mula bertudung kerana kebanyakkan wanita sekelilingnya bertudung @ ikut tempat nak ke mana-mana tetapi keadaan sudah sebaliknya..orang yg tdk bertudung terasa janggal krn semua wanita sekelilingnya menutup kepala belaka... "sebab janggal dilihat dia seorang saja tidak bertudung, dia pun ikut bertudung..Alhamdulillah klu esok2nya drp sekadar ikut-ikutan terus menjadi istiqamah dan langusng dpt hidayah. Namun malanglah pula jika sebaliknya yg berlaku dan itulah yg byk berlaku sekarang!!!!!!!

Gaya baharu..

Tiada siapa pun blh pejamkan mata dan berkata ini hal kecil saja..hakikatnya ini bukan soal tudung dan pakaian saja..kadang kala susah nak terangkan bahawa tudung yg menutup kepala belum cukup KALAU BAJUNYA SENDAT MACAM PEMBALUT NANGKA & SELUARNYA KETAT MACAM BATANG PAIP krn pekej pakaian itu belum lengkap krn dlm majalah, suratkhabar, tv & persekitaran tlh menunjukkan begitulah gaya busana Muslimah...yg ternyata tlh mengelirukan wanita sekarang mengenai takrifan busana Muslimah!!!!

Sesungguhnya, masalah ini berlaku apabila ramai yg tidak berilmu, malas dan tdk mahu mencari ilmu...benarlah amal tanpa ilmu sia-sia....Kita ubah suai pakaian kita tanpa ada ilmu di dada. KITA RASA KITA SUDAH SEMPURNA BERPAKAIAN TAPI KITA TAK SEDAR SEBENARNYA KITA SEKADAR TUTUP BADAN TAPI MASIH TERBUKA AURAT........

Friday, April 15, 2011

Bertemu CinTa

Tiada siapa menyangka

Benci derita jadi bahagia

Harapan tinggi jauh tak terduga

Jarak cinta cuma di depan mata

Bertemu cinta

Kita akhirnya

Setelah tangis

Tanpa suara

Bertemu cinta

Bagai cahaya

Menyuluh hati

Menjadi kasih sejati

Kita bagai ombak di lautan

Terhempas pedih badai dugaan

Bertemu cinta

Di ambang syurga

Mengutus doa

Biar menjadi anugerah

Bertemu cinta

Indah sempurna

Sedetik tidak

Hilang ragu dan percaya

Thursday, April 14, 2011

Genggam lah Erat tangan Ku !!!

Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…” Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ? Apakah keistimewaan perempuan ini ? ” Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.. SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. . PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya.. Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. .. Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. . Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.. Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal… Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”… Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

peTua MeLaYAn istEri..

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….
2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love youlebih mudah…
3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.
4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.
5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…
6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.
7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.
8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.

Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim. Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

Wednesday, April 13, 2011

Jangan Bersedih sayang... Allah kan ada !!

Dalam perjalanan hidup kita, pasti kita akan tempuhi onak dan duri, suka dan duka, tangis dan ketawa. Tapi sebenarnya, apakah kita faham ke mana hala-tuju perjalanan kita? Ingatlah firman Allah: 51:56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Apakah itu yang kita tangiskan? Iaitu tidak dapat menyembah Allah? Tidak dapat beribadah kepada Allah? Atau mengenangkan apa yang kita hajati tidak tercapai? Atau sekadar mengenangkan cacian dari rakan-rakan, saudara mara, anak pinak? Atau menangisi kekurangan diri kita? Dan ingatlah akan firman Allah: 2:155 Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: Segalanya milik Allah. Segalanya adalah ketentuanNya. Apabila ujian diturunkan kepada kita, kita sering merasa tertekan, kehilangan punca, menyalahkan yang lain dari diri sendiri dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Bangkitlah. Sedarlah. Allah tidak menzalimi hamba-hambaNya. Ingatlah pesan Allah: 3:139. dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman. Janganlah pula kita menyangka Allah menganiaya kita dengan menurunkan ujian melebihi kadar kemampuan kita. Tidak. Bahkan Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Halus tidak memberati seseorang itu melainkan dengan kemampuannya. Firman Allah: 7:42. dan orang-orang Yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar Yang terdaya olehnya, - merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya. Orang-orang yang beriman, yang masih hidup, yang masih bernafas pasti akan diuji. Dan ujian inilah yang akan meninggikan lagi keimanan mereka. Maka berbahagialah wahai jiwa-jiwa yang diberi petunjuk, kerana ujian itu adalah satu tanda kecintaan Allah, kasihnya Allah kepada hamba-hambanya. Yakinlah pada Allah. Cintailah Allah. Maka, pasti Allah akan membalas kecintaan itu, sebagaimana Allah telah berfirman: 9:26 Kemudian Allah menurunkan semangat tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir. Dan janganlah kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang lalai. Golongan orang-orang yang zalim. Golongan orang-orang yang tidak mengambil pengajaran. Kerana janji Allah itu benar, sebagaimana firmanNya: 10:55 Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Dan apabila kita telah terlalai, dan telah melakukan perkara-perkara yang merosakkan hingga menjadi satu tabiat, satu cara hidup dan satu kepercayaan. Dan selepas itu kita merasakan hidup kita tidak seindah orang lain, tidak sebahagia orang lain dan tidak sesempurna orang lain. Sedarlah bahawa Allah tidak menzalimi hamba-hambaNya. Hamba-hambaNyalah yang menzalimi diri mereka sendiri. Maka bergegaslah untuk memperbaiki hidup kita. Insaflah akan kekurangan diri sendiri dan berubahlah. Allah telah berfirman: 13:11 Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. Ingatlah, janganlah kita terus bergelumang dengan dosa, nafsu dan gelora. Tetapkanlah hati kita pada amal soleh dan pada Allah. Yang lain adalah palsu semata-mata sebagaimana firman Allah: 14:22 Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: ”Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. Tatkala kita bersedih atas apa yang menimpa kita, ingatlah firman Allah: 16:128 Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Iaitu Allah beserta dengan kita. Allah tidak pernah lupa pada kita. Kitalah yang lupa pada Allah. Allah telah berfirman lagi: 20:46 Allah berfirman: ”Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya”. Dan kemanisan iman itu telah tertulis di dalam Al-Quran, iaitu perlindungan dari Allah, bantuan dari Allah, rahmat Allah sebagaimana firmanNya: 29:69 Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sessungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. Oleh itu, yakinlah pada Allah. Kerana tiada yang lebih penting dariNya. Dia wajib dicintai. Dia wajib disembah. Dia adalah segala-galanya. Maka wajiblah bagi kita berserah dengan sebenar-benarnya sebagaimana firmanNya: 31:22 Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. Janganlah pula kita melakukan sesuatu itu hanya sekadar menunjuk-nunjuk. Sekadarnya agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang baik pada pandangan manusia. Kerana takut kehilangan kehormatan. Kerana takut kehilangan pangkat, nama dan harta. Kerana hanya mengharapkan pembalasan baik dari Allah, iaitu meletakkan pembalasan itu lebih baik pula dari Allah itu sendiri. Semua itu palsu. Semua itu hanyalah tipu daya. Kita hanya menipu diri kita sendiri. Masya’Allah. Sedarlah. Janganlah kita tergolong dalam golongan orang-orang munafik sebagaimana firmanNya: 4:142. Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri Dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). Janganlah kita terus terpedaya. Janganlah kita terus menganiaya diri kita sendiri. Janganlah pula menyalahkan orang lain. Janganlah pula memfitnah Allah atas kekurangan kita. Allah telah berfirman: 35:5 Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).